09 November 2009

phobia.

1440

Gambar diambil dari www.enjoythaimovies.com

Sabtu lepas, aku pergi nonton cerita nh dengan Beah and kawannya, Zaem. Memang seram. Dahlah tengok midnight. Boleh kata, aku lebih banyak tutup mata dari tengok cerita nh. Menonton dari celah jari pun tak sangat.

Masa dorang call aku ajak tengok cerita nh, aku cakap aku taknak. Sebab cerita seram. Memang taknak la aku tengok kan. Aku cakap baik tengok The Time Traveler's Wife. Tapi Zaem cakap tu cerita lucah. Dia nak tengok Phobia. Bila dah gaduh2, last-last dia cakap, sampai kat wayang, nanti tengok mubi pe yang ada, pastu nonton cerita tu. Last-last sampai kat sana, dia terus gi beli tiket mubi nh. Siot je.

Masa aku tengok cerita nh, memang aku banyak tutup mata and telinga. Pastu siap nyorok kat Beah lagi. Masa tu memang aku terfikir, baik nonton cerita lucah dari nonton cerita seram. Serius aku memang penakut.

Mubi nh ada 5 cerita. Cerita first, sedih sikit. Aku tengok dicelah jari. Cerita second and third, aku tengok dicelah jari gak. Cerita keempat, memang aku tak tengok langsung. Memang aku nyorok je kat Beah. Aku siap fikir, camne kalau lepas tengok cerita nh, aku meracau/mengigau time tidur?? Pastu aku ingat nak tidur rumah Beah je. Takutnyer pasal. Tapi bila tengok cerita last, semua yang aku takutkan hilang. Cerita last aku banyak tengok. Memang aku ikuti lah cerita last. Aku rasa, cerita last paling best. Cerita last, serius cam bang*ng sikit tapi aku rasa best. Audiens pun paling banyak menjerit masa cerita last.

Terima kasih kepada cerita last, aku dah tak takut sangat lepas nonton mubi tu. Tidur pun tak mengigau/meracau. :D

kembali bekerja diwaktu malam.

1416

Tapi minggu nh jela. Minggu-minggu akan datang taktau lagi. Kena keje malam nh pn sebab aku ada training dengan team leader satu projek nh. Oleh kerana minggu nh dia shift malam, so aku and 2 lagi teammates aku, Nisa and Azizul kena kerja malam jugak.

Tapi shift malam kali nh masa dia berlainan dengan shift malam hari tu. Kalau hari tu, aku kena kerja 8pm-5am, tapi kali nh, time dia 1230am-830am.

Dahlah semenjak kerja siang balik nh, aku tidur awal. Pukul 11pm lebih dah tidur. Tetiba kena kerja malam balik... haih, taktau la camne malam nh nanti... :-S

06 November 2009

a romanian singing FT's song.

2043

03 November 2009

bye-bye handbag idaman. :(

2116

Haish sedih.

Hari tu, aku emel orang yang jual handbag idaman tu, cakap aku nak beli handbag tu. Tapi dia reply, handbag tu dah takde stock. Aku cakap,"I'm willing to wait" (giler nak sangat beg tu sampai willing to wait). Tapi dia cakap, dia unable to re-stock the bag. And dia strongly suggest aku pilih beg lain. Masalahnya, aku taknak beg lain. Aku dah tengok beg-beg lain tapi takde satu pun yang aku berkenan. Haih.

Tulah, siapa suruh awal-awal dulu taknak beli? Sekarang, tengok jelah gambar beg tu. Padan muka!
T_______T

Tapi korang nak tau tak apa lagi yang menyebabkannya tak best?
Sebenarnya, ada insan yang baik hati offered nak belikan handbag tu untuk aku.. Percaya tak?
Hadiah Forever 22 katanya.. hehehe.
Tapi tu lah, takde rezeki nak rasa hadiah Forever 22 kot.
Mungkin ini petanda supaya aku kembali berpijak ke bumi yang nyata dan realized sebenarnya aku sudah ........ (Korang jangan nak pandai-pandai isi tempat kosong! Heppp!!)

30 October 2009

oktober yang tak best.

2334

Aku dah agak dah. Oktober kali nh mesti tak best. Kenapa lah tak boleh je skip Oktober nh dan terus ke November? Takpun Disember. Ala-ala wake me up when October ends. Giler suxx. Serius aku rasa tak best.

23 October 2009

new campus.

2103

Satyam dah pindah ke bangunan baru. Bangunan = kampus. Taktau lah kenapa dorang gunakan perkataan kampus tu. Ada sesiapa tahu? Sila tinggalkan komen.

Kampus lama. Bye-bye!

Meh aku bawak korang jalan-jalan kat kampus baru.

Kawasan kampus baru.

Learning centre.

Aku and Azizul bergambar di main IT building.

Ofis di main IT building nh. Ada 8 tingkat.

Aku and Thanu di depan club house.

Kat club house nh ada gym, bilik table tennis dengan bilik pool.

Kami di dalam gym.

Tapi club house nh tak siap sepenuhnya lagi. So equipments pun takde lagi.

Kitorang dalam auditorium.

Auditorium pun tak berapa siap lagi. Meja je ada. Kerusi takde lagi.

Kampus nh baru je siap. Just main IT building je yang elok sikit. Tapi tu pun tak betul-betul siap lagi. Boleh nampak lagi habuk dalam lif. Kalau pergi level-level lain, masih lagi boleh bau simen.

Tak sangka, merasa gak aku duduk kat kampus baru nh. Nanti aku tunjuk workspace aku ye. hehe. :)

15 October 2009

bas yang rosak aircondnya, tak patut digunakan utk mengambil penumpang.

2147

Panjang kan title?
Takde mood sebenarnya nak update blog tapi nak cerita gak kat korang pasal title tu.

Hari nh, aku balik kerja naik bas E1. Selalu tu aku balik naik ERL. Tapi tak laratlah nak naik ERL. Dah lah dengan tambang bas dah naik harga. Kalau dulu, tiket bas boleh guna sepanjang hari, tapi sekarang nh, tiket bas hanya untuk sehala je. Kalau dulu, tambang bas ke Cyberjaya RM1 je. Boleh guna sepanjang hari. Tapi sekarang nh, tambang bas ke Cyberjaya dah jadi RM1.90 sehala. Kalau pergi-balik? RM3.80. Tu tak masuk tambang ERL.

Meh kita lakukan sedikit pengiraan:
Tambang ERL sehala: RM9.50
Tambang ERL pergi-balik : RM19
Tambang bas ke Cyberjaya pergi-balik: RM3.80
Kos perjalanan sehari: RM22.80

Gila tak larat aku kalau hari-hari belanja RM22.80 untuk tambang je.

Jom kita kira kalau aku pergi kerja naik ERL tapi balik naik bas E1.
Tambang ERL sehala: RM9.50
Tambang bas ke Cyberjaya pergi-balik: RM3.80
Tambang E1: RM3.80
Kos sehari: RM17.1

Banyaklah gak tapi tak sebanyak yang first kan. Dulu aku tak terasa sangat sebab dulu gi kerja tumpang orange bling-bling. Sekarang segan sikit nak tumpang. haha.

Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku tak gi kerja naik E1 juga. Sebabnya, aku taktau jadual E1. Pastu takleh nak bajet time E1 akan sampai kat Putrajaya Sentral. Kalau ERL, semuanya dah de dalam gengaman. hahaha.

Anyway, berbalik kepada title, tadi aku balik kerja naik bas yang aircondnya rosak. Giler panas. Nasib baik tak ramai orang naik. Pastu bau-bau yang kurang menyenangkan pun takde. Tapi aku memang tak tahan la tadi. Rasa nak pengsan pun ada. Nasib baik aku mampu bertahan. Tapi memang aku dah rasa susah nak bernafas. Sampai KL Sentral cepat-cepat aku turun. Takut mati kekurangan oksigen plak kalau nak turun kat bus stand Klang.

Gilerlah RapidKL guna bas takde aircond untuk perjalanan jauh. Drivernya mungkin tak rasa apa-apa sebab dia ada tingkap yang boleh dibukak besar-besar. Tapi para penumpang? Tak ke dorang sesak nafas dengan keadaan camtu. Harapnya esok-esok takde lagi la bas yang camtu.

Blog Widget by LinkWithin